Ayah dan ibu.

MILIK IBUBAPA- ramai terlanggar.

Terdapat sebuah pertanyaan di suatu Majlis Taklim. Suatu saat pada sesi tanya jawab kajian.

Penanya: Wahai Syeikh, Ibuku tinggal menumpang bersamaku dirumahku dan terjadi masalah antara Beliau dengan isteriku.

Syeikh: Ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Cuba ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Ulangi lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku.

Syeikh: Ulangi sekali lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Wahai Syeikh, tolong biarkan aku menyelesaikan dulu pertanyaanku, jangan anda potong.

Syeikh: Pertanyaanmu salah, yang benar engkaulah yang hidup menumpang pada ibumu, meski rumah itu milikmu dan atas namamu..

Penanya: Iya Syeikh, kalau demikian selesai sudah permasalahannya..

Syeikh: Jangan durhaka wahai anak, jangan durhaka wahai menantu..!! Kamu dengan seluruh hartamu adalah milik ibumu.

RasululLah SAW bersabda: “Engkau dan semua hartamu adalah milik ayah Ibumu” [HR. Ibnu Majah no. 2291]

Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik In shaa Allah, syurga balasannya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Ya Allah jadikan hari-hari kami penuh dengan bakti kami kepada orang tua kami dan berkatilah kehidupan kami..Aamiin Yarobbal A’lamiin.

PESANAN UNTUK KITA YANG BERGELAR ANAK

Wallahua’lam

Amalan tuan guru.

Kene simpan ilmu ni baik2…
Orangnya pun dah takda lagi…
(AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)

1) – *Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu*.
-Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
-Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) – *Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut*.
– Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
– Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) – *Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit*.
– Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
– Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
– InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) *Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri*
Surah Al – Baqarah, ayat 102

5 ) *Resdung*
– Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
– Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
– Setiap kolah masjid, 1 botol.
– Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
– Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya’ , ayat 83.
– Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa’
– Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
– Ulang sebanyak 7 kali
Surah Al – Anbya’, ayat 83

6) *Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)*
– Gunakan minyak zaitun
– Baca Al – Fatihah & Ayat kursi
– Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14
&
surah Al – Hashr ayat 21

7) *Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita*
– Menggunakan madu asli
– Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
– Baca Surah An – Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
– Makan 1 sudu sehari
Surah An -Nahl, ayat 69

8) *Angin pasang*
– Menggunakan madu
– Amalkan ayat- ayat di bawah ini
-Surah Al – Isra’, ayat 82
Surah Al – Hashr, ayat 21
Surah Ash – Shua’ra’ ayat 70

9) *Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung*
Bahan – bahan :
– Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
– Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
– Buah kelapa (yang berhingus)
Cara – cara :
– Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
– Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
– Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
– Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
– Minum air kelapa yang telah suam.
*Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) *Susah tidur malam*
Surah Al – kahf, ayat 11

11) *Angin dalam badan, sakit – sakit sendi*
Surah – fussilat, ayat 44

12) *Merawat histeria*
– Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
– Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
– As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

Pondok Pakteh.

*Pondok Pakteh (PONDOK AL-LATIFIAH)* *Pengkalan Hulu*

_telah mengalami kebakaran pada lewat malam tadi pada jam lebih kurang 11.30 malam , 2 Julai 2017. Sebanyak 18 buah pondok telah musnah sama sekali. Namun syukur Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan._

_Justeru itu dengan rendah hati menyeru agar kita sama- sama dan turut serta membantu meringankan beban Pondok Pakteh ini bagi membina semula pondok yang terbakar dan membeli semula barang-barang keperluan yang terbakar terutama kitab-kitab kegunaan para pelajar, pakaian dan peralatan belajar._

Sekiranya Tuan/ Puan berhajat, sumbangan Tuan/ Puan boleh disalurkan melalui akaun:

*Maybank 158079284482*
atas nama *J/K PONDOK AL-LATIFIAH*

Mohon maklumkan jumlah sumbangan anda melalui :

*sms@Whatsapp 0135151334 (Encik Khusyairi B Abd Latif)*

*Jika kita tidak mampu memberi sumbangan berupa kewangan… sekurang-kurangnya kita share posting ini sebagai sumbangan yang kita mampu.*
🌺🌿🌺🌿🌺🌿🌺🌿🌺🌿